Kerjaya kelab Marc-André_ter_Stegen

Borussia Mönchengladbach

Ter Stegen memulakan kerjayanya di kelab Borussia Mönchengladbach. Pada separuh pertama musim 2010-11, beliau menjadi bintang pasukan kedua kelab. Pada 14 Februari 2011, Lucien Favre menggantikan Michael Frontzeck sebagai tempat pengurus kelab untuk meningkatkan prestasi kelab selepas hanya mengutip 16 mata apabila tinggal 22 hari sahaja lagi sebelum akhir musim.

Penjaga gol pertama kelab, Logan Bailly memaperkan aksi baik apabila pasukannya menang ke atas Werder Bremen. Favre kemudian menurunkan ter Stegen pada 10 April 2011 untuk perlawanan menentang 1. FC Köln. Pemain muda Jerman itu tidak menyedihkan pengurusnya dan digunakan sehingga perlawanan baki musim. Beliau membuat empat perlawanan "clean sheet" sehingga Mönchengladbach selamat daripada zon penyingkiran.

Ter Stegen menjadi penjaga gol pertama apabila Bailly dipinjam ke kelab Switzerland, Neuchâtel Xamax dan menyarung jersi nombor 1 daripada jersi 21.

Pada perpindahan musim panas 2011-12, FC Bayern Munich berjaya mengikat Manuel Neuer dari FC Schalke 04. Neuer membuat debut menentang Mönchengladbach di Allianz Arena dan ter Stegen diturunkan untuk menghadapi pasukan gergasi Jerman itu. Malangnya, perlawanan debut Neuer menjadi malang apabila Bayern tewas 1-0 kepada pasukan ter Stegen.

Selepas Marco Reus berpindah ke Borussia Dortmund dan Dante ke Bayern Munich, ter Stegen menjadi bintang Mönchengladbach musim 2012-13. Pada Februari 2013, ter Stegen dilaporkan telah melakukan rundingan dengan FC Barcelona. Perundingan itu telah ditolak oleh ter Stegen sendiri.

Selepas dikaitkan perpindahan ke Barça, Ter Stegen kekal berada di Mönchengladbach untuk musim 2013-14. Pada 6 Januari 2014, beliau menolak tawaran kontrak baru daripada kelab. Pada perlawanan terakhirnya iaitu perlawanan kemenangan 3-1 ke atas Mainz 05 pada 5 Mei, ter Stegen mengucapkan selamat tinggal kepada Borussia Mönchengladbach.

Barcelona

Pada 19 Mei 2014, ter Stegen diumumkan sebagai penjaga gol baru kelab FC Barcelona selepas permegian Víctor Valdés dan José Manuel Pinto. Pada 22 Mei 2014, beliau menandatangani kontrak lima tahun yang menetapkan beliau di kelab gergasi Sepanyol itu sehingga Jun 2019. Bayaran perpindahan itu sebanyak 12 juta euro dan klausa bayaran telah disetkan sehingga 80 juta euro.

Pengurus Barcelona, Luis Enrique menetapkan bahawa Claudio Bravo beraksi di perlawanan liga manakala ter Stegen menjadi pilihan pertama penjaga gol yang bermain untuk Barca di Piala Raja Sepanyol dan Liga Juara-Juara Eropah. Beliau membuat debut pada perlawanan Liga Juara-Juara menentang APOEL pada 17 September, Barca menang 1-0. Beliau juga membantu Barcelona menjuarai Piala Raja Sepanyol pada musim pertamanya selepas menewaskan Athletic Bilbao, 3-1. Seminggu kemudian, beliau bermain pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Juventus, 3-1 di Berlin. Walau bagaimanapun, beliau tidak bermain pada kempen kejuaraan liga mereka.